Monday, 22 August 2016

PENGAJIAN MALAYSIA (PERANAN ULAMA DALAM MENUNTUT KEMERDEKAAN)

PERANAN ULAMA ISLAM DALAM PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN TANAH MELAYU


NAMA AHLI KUMPULAN :

ATHIRAH HAZWANI BT YUSMIZAI (02DSK16F1012)

NUR WASIMAH BT MAZUKI (02DSK16F1091)

NUR HAZIQAH BT ANUAR (02DSK16F1010)

ZAI SYAZWANIE BT KAMRULZAM(02DSK16F1102)

SITI NUR ARIFAH BT MAT YASIN (02DSK16F1100)

KELAS : DSK1B

KURSUS: PENGAJIAN MALAYSIA

KOS : DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN

SESI: JUN 2016

NAMA PENSYARAH: PN. WAHIDAH BT  MAT SAID

JABATAN :PERDAGANGAN

ISI KANDUNGAN 

1.0 PENGHARGAAN
1.1 PENGENALAN
2.0 TOK JANGGUT
2.1 DATO BAHAMAN 
2.2 TOK KENALI
2.3 MAT KILAU 
2.4 TOK GAJAH 
3.0 KESIMPULAN 
3.1 LAMPIRAN
3.2 RUJUKAN 



1.0 PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Wahidah bt Mat Said pensyarah mata pelajaran Pengajian Malaysia (DUB1012) , di atas kesudiaan beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukantugasan ini berlaku.Selain itu , tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugaan ini .Akhir kata kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang  banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung.Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini .Tanpa bantuan dari semua pihak tidak mungkin kami menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna .
       
1.1 PENGENALAN

Perjuangan kemerdekaan di setiap inci bumi umat Islam adalah di pelopori oleh alim ulama walaupun sejarah ini cuba dipadamkan oleh kelompok sekular pragmatis yang memerintah umat Islam .Dalam negara tercinta ini , sejarah perjuangan ulama dalam menentang penjajahan tidak didokumentasikan dengan baik sehingga pernah dituduh bahawa ulama tidak memperjuangkan kemerdekaan. 

Memang tidak dinafikan ada diceritakan di dalam buku teks sejarah tentang kebangkitan orang Melayu menentang penjajah seperti perjuanganTok Janggut ,Mat Kilau , Tok Gajah ,Dato Bahaman dan ramai lagi.

Demikianlah saudara serba sedikit gambaran sumbangan ulama dalam mencetus kesedaran dan seterusnya menggerakan proses awal menuntut kemerdekaan dalam kalangan orang Melayu. Walaubagaimanapun saudara,sehebat mana pun seseoran ulama Melayu itu, dia tidak akan jadi hebat seperti mana yang kita tahu tanpa adanya Islam sebagai pencorak pemikiran dan tindakan mereka.


2.0 TOK JANGGUT 




LATAR BELAKANG 

  • Nama sebenarnya ialah Haji Mat Hassan bin Munas
  • Beliau juga dikenali sebagai "Tok Janggut" kerana beliau menyimpan janggut sehingga ke paras dada
  • Anak kelahiran Kampung Jeram,Pasir Putih,Kelantan.
  • Mendapat pendidikan di sebuah pondok di negeri Kelantan
  • Beliau menetap di Kampung Nering,Kelantan.
  • Sangat mahir dalam ilmu persilatan
  • Bekerja sebagai petani dan peniaga

SEJARAH PERJUANGAN TOK JANGGUT

  • Beliau mendapat pendidikan di Mekah serta mahir bersilat
  • Punca perang Tok Janggut adalah cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan British yang masuk campur dalam urusan pentadbiran negeri Kelantan
  • Pada awalnya,Tok Janggut dan pengikutnya tidaklah menentang soal cukai 
  • Disebabkan proses untuk membayar cukai menjadi sulit dan menyusahkan ,membuatkan Tok Janggut serta pengikutnya lewat membayar cukai dan kena hadir ke mahkamah
  • Dari situ tercetusnya perang 
  • Tok Janggut dan pengikutnya pada waktu itu digelar sebagai "pemberontak"

FAKTOR PENENTANGAN TOK JANGGUT

  • British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915
  • Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan 
  • Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar
  • Penduduk yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda
  • Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan terhadap British
  • Tok Janggut mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun Ahmad dan disokong oleh Haji Said penghulu Adam ,Tok Deraman dan banyak lagi
  • Pada 28 April 1915,Encik Latiff pengawai daerah jajahan Pasir Putih mendapat berita Tok Janggut dan pengikutnya di kampung Jeram 
  • Beliau menghantar Sarjan Che Wan dan beberapa orang anggota polis untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan tidak membayar cukai
  • Dalam pertengkaran yang berlaku ,Sarjan Che Wan ditikam oleh Tok Janggut
  • Encik Latiff cuba mengambil tindak balas dengan menghantar tujuh orang polis untuk menangkap Tok Janggut 
  • Tok Janggut ,Engku Besar Jeram ,Penghulu Adam dan Che Ishak Merbo melancarkan serangan tiga penjuru ke atas Pasir Putih pada 29 April 1915
  • Tok Janggut dan pengikutnya yang berkubu di Kampung Pupuh akhirnya bertempur dengan pasukan British 
  • Dalam pertempuran itu,beberapa orang terbunuh termasuklah Tok Janggut 
  • Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu 
  • Setelah diarak,mayat beliau digantung dengan kepala kebawah di padang Merdeka sebelum dimakamkan 
  • Namun kebangkitan ini telah gagal untuk mempertahankan kejayaannya
  • Pasukan British bertindak bebas dengan cepat dan berjaya mematahkan kebangkitan 
  • Tok Janggut sendiri terkorban dalam pertempuran itu


2.1 DATO BAHAMAN




LATAR BELAKANG


  • Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Tengku Iman Nuh 
  • Beliau dikenali sebagai Dato Bahaman iaitu orang besar yang menentang penjajah British di Sematan,Pahang
  • Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Iman Nuh yang berasal dari Bangkinang,Kampar Sumatra
  • Beliau seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal
  • Kelebihan ini telah menyebabakan Dato Bahaman digelar"seman tahan" oleh penduduk di sekitar kawasan itu 
  • Dato Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ahli
  • Apabila Sultan Ahmad menaiki tahta,Dato Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya 


SEJARAH PERJUANGAN DATO BAHAMAN 

  • Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati orang orang besar Pahang terhadap campur tangan British keatas kawasan mereka 
  • Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua 
  • Hugh Clifford pemangku Residen British Pahang mengetahui hal tersebut ,beliau menitahkan Dato Bahaman supaya pergi ke pekan agar perkara itu dapat disiasat 
  • Oleh sebab Dato Bahaman enggan ke pekan,Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Sematan 
  • Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Sematan pada 15 Disember 1891
  • Dalam serangan itu,pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke Bandar Temerloh 
  • Pada 21 Disember 1891,satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato Bahaman
  • Disitu berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan 


FAKTOR PENENTANGAN 

  • Dato Bahaman menentang keras tindakan British yang sesuka hati melantik E.A. Wise sebagai Pengawai Majistret pemungut hasil di daerah Temerloh,Pahang
  • Dato Bahaman juga dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu Temerloh
  • Pengawai British juga mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato Bahaman 
  • Hal ini menyebabkan konflik diantara dua pihak menjadi semakin serius dan banyak perselisihan faham antara mereka 
  • Tindakan tersebut juga menyebabkan kedudukan beliau agak terancam 
  • Pihak British memaksa Sultan Ahmad untuk melucutkan gelaran "Dato Setia Perkasa Pahlawan Sematan"
  • Tindakan British itu memalukan beliau dan Dato Bahaman bersumpah akan menghalau British dari Pahang 

2.2 TOK KENALI



 

LATAR BELAKANG


  • Nama sebenar beliau ialah Muhammad Yusof 
  • Beliau dikenali sebagai Tok Kenali
  • Dilahirkan di Kenali,Kelantan pada tahun 1868 masihi
  • Beliau mempunyai pertalian yang rapat dengan pertubuhan sistem pengajian pondok 
  • Pernah belajar selama 17 tahun di Mekah dan 5 tahun di Mesir 
  • Membuka 2 buah pondok di kampung kelahirannya 
  • Merupakan tokoh penting di sebalik penerbitan majalah Pengasuh di samping pernah menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Ulama 
  • Masjid Muhammadi menjadi pusat pengajian pondok tertinggi dan termasyur ketika itu

PERISTIWA TOK KENALI 

  • Beliau mencatatkan bahawa pada hari jumaat ,23 hb.zulkaedah,1328,bersamaan November ,1910 diadakan pelagaan (penyabungan) harimau dengan kerbau di dalam jail (penjara) buruk
  • Adalah di dalam bulan rejab ,1333 hijrah,bersamaan 1915 masihi berlaku huru hara pergaduhan di dalam jajahan Pasir Putih
  • Pergaduhan ini dikatakan berlaku kerana membantah keputusan kerajaan mengenakan cukai tanah kepunyaan mereka 

KEHEBATAN TOK KENALI

  • Mempunyai perasaan ingin maju dan ingin tahu adalah meluap-luap di dadanya 
  • Dalam tempoh yang pendek Beliau telah mengkhatami pembacaan kitab suci al quran dan dapat menulis dengan baik
  • Beliau telah dipilih oleh pengawai daerahnya untuk menjadi seorang kerani sebagai pembantunya dalam mengira dan menguruskan hasil-hasil tanaman dan kebun di kawasan tersebut sewaktu beliau berusia antara 7 ke 8 tahun 

2.3 MAT KILAU



LATAR BELAKANG

  • Imam Rasu atauTok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau
  • Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut,Burau
  • Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg. Kendondong,Pulau Tawar ,Jerantut Pahang. 

ZAMAN KANAK-KANAK MAT KILAU


  • Mat Kilau diserah mengaji Al-Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan pandai membaca Al-Quran dengan berbagai lagu.
  • Apabila beliautelah khatam Al-Quran belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud, barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yan lebih terkenal sebagai 'Dikir Pahang '.
  • Oleh kerana suaranya merdu ,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar .  
SIKAP PERIBADI MAT KILAU

  • Mempunyai sifat-sifat pemimpin maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati .
  • Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang .Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan ,Hugh Clifford (Presiden British di Pahang) telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri .Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau . 
KEMATIAN MISTERI MAT KILAU 

  • Khabar yang menyatakan Mat Kilau tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura
  • The Strait Times dan The Free Press menyatakan 'Ketua Penderhaka ,iaitu Dato Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober 1895.


2.4 TOK GAJAH






LATAR BELAKANG


  • Imam Rasul bin Baharun@ Tok Gajah 
  • Gelarannya ialah orang kaya Indera Gajah Pahang 
  • Merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muadzam Shah
  • Orang kaya Raja yang berkuasa 
  • Kedudukan beliau setaraf dengan orang besar empat di Pahang
SEJARAH PERJUANGAN

  • Tok Gajah ialah antara tokoh pahlawan Pahang yang berjuang bersama-sama dengan Dato Bahaman iaitu pembesar di Semantan 
  • Tok Gajah dan pengikutnya kemudiannya melarikan diri ke Terengganu dan Kelantan kerana mereka tidak mahu bertempur dengan tentera Sultan 
  • British ketika itu menggunakan orang melayu untuk menentang pahlawan-pahlawan tersebut kerana mereka sedar ,setakat peluru mereka itu hanya dijadikan barang mainan sahaja oleh pejuang-pejuang tersebut

FAKTOR PENENTANGAN TOK GAJAH

  • Tok Gajah ialah seorang pembesar dari Pulau Tawar 
  • Atas dasar jasanya kepada Sultan Ahmad dalam perang saudara(1857-1863)
  • Beliau dianugerahi gelaran orang besar Raja 
  • Tok Gajah pula berperasaan anti -Inggeris apabila rayuannya untuk pertambahan elaun ditolak oleh pihak British pada Januari 1890
  • Permintaan Tok Gajah untuk menangguhkan pembayaran cukai tanah ke atas orang melayu juga ditolak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan  pada bulan Disember 1890

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya ,jelaslah kepada kita betapa pentingnya kedudukan para ulama' dan peranan mereka dalam menyelamatkan umat daripada kejahilan dan kesesatan akidah.Sebab itu ulama'dipandang serong oleh musuh Islam dan orang-orang yang sangat anti kepada perjuangan hidup Islam.Oleh kerana peranan dan kedudukan ulama' penting dalam masyarakat ,marilah kita menghormati dan menghargai ulama'kita yang soleh dan bertaqwa .

3.1 LAMPIRAN










3.2 RUJUKAN

  1. Mat Kilau( Pahlawan Pahang) -Abdul Latip Talib
  2. www.goggle.images
  3. http://ms.m.wikipedia.org
  4. www.perjuanganislam .com
  5. https://www.google.com